BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 27 February 2012

PILIH PRODUK YANG SESUAI DENGAN KULIT!

PANDUAN MEMILIH PRODUK KECANTIKAN:
1. Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai dengan jenis kulit wajah anda. Baca label        
    informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.
2. Produk kecantikan wajah yang terbaik dihasilkan daripada bahan semulajadi. Carilah produk yang 
    berasakan sumber semulajadi seperti AloeVerra dan Vitamin E.
3. Sesuaikan produk penjagaan kulit dengan masalah kulit wajah yang sedang dialami.
4. Kulit kering memerlukan formula yang dapat menggantikan minyak pada wajah, jadi produk yang             
    mengandungi Vitamin E dan lidah buaya, menjadi pilihan yang tepat. Gunakan krim pada waktu malam 
    untuk memberikan kelembapan pada kulit dan cuci wajah sehari dua kali ( maksimum). 

5. Pemilik kulit berminyak biasanya bermasalah dengan jerawat. Atasi minyak berlebihan pada wajah dengan 
    menggunakan pembersih dan penyegar khusus untuk kulit berminyak. Elak menggunakan pencuci muka 
    jenis susu kerana akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis.

6. Kulit kombinasi memang cukup sukar untuk dijaga. Pilihlah produk kecantikan khusus untuk kulit 
    kombinasi dan seminggu dua kali gunakan mask untuk menyerap minyak terutama
    d zon T (Dahi, Hidung & Dagu)

7. Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan  
    KESAN BAIK DALAM WAKTU SINGKAT!!!!!

    Tuesday, 7 February 2012

    Time Wise Replenishing Serum C+

    WOHA!!!! (Shazana, 2012) heheh ini adala produk kegemaran pelanggan saya... TimeWise Replenishing Serum C+..
    Ianya banyak membantu pelanggan untuk mengurangkan masalah pigmentasi... di samping itu ia dapat menghaluskan, melembutkan dan menganjalkan kulit.. tu yang boleh membuatkan nampak "telur" di pipi tuh.. kebanyakan pelanggan pakai setiap 3 bulan... mungkin harga dia agak mahal sikit tapi kesannya tersangat berbaloi-baloi... kena cuba dahulu, baru tahu..
    Seperti seorang pelanggan saya sebelum ini, puas juga sayacadangkan kepada beliau supaya pakai.. dia cakap mahal.. tapi bila dah cuba sekali, terus dia teruja.. setiap bulan dia order dengan saya.. Alhamdulillah banyak perubahan yang dia dah perolehi..